May 11, 2012

cinta oh cinta

semua orang pernah bercinta bukan? dan semua orang pernah suka seseorang bukan? jangan tipu, kerana di era ini aku yakin ramai orang yang begitu. termasuklah aku. tapi diketagorikan dalam golongan yang menyukai seseorang. biasalah dalam percintaan ada pasang surutnya bukan? cinta memang indah tapi tak selalunya indah pasti ada badai melanda untuk menguatkan cinta kita. cinta bukan sahaja kepada kekasih. cinta sangat luas maksudnya. kita cinta kepada Tuhan kita, ibu bapa kita dan sebagainya. apabilah kita mencintai sesuatu atau seseorang kita pasti tidak mahu menyakiti hatinya dan akan menjaga dengan elok agar tiada cacat celanya. mencintai seseorang perlulah disertakan dengan kesetiaan, menerima pasangan seadanya dan sebagainya. maklumlah, cinta itu buta. kesetiaan amat penting dalam percintaan. anda tahu kan apabila tiada kesetiaan musnahlah mahligai percintaan yang dibina. sadis. tapi kesetiaan ada batasnya. contohnya, tak masuk akal langsung apabila seseorang berkawan dengan berlainan jantina dan dilontar dengan fitnah mengatakan dia tidak setia. bukankah sikap ramah memang terbit dalam jiwa. namun begitu, ramah seseorang ada batasnya. seseorang perlulah menjaga maruah mereka. kawan biar beribu, musuh biar satu. jadi, pasangan perlulah memiliki perspektif yang positif dan tidak berfikiran negatif tentang pasangannya hanya disebabkan dia berkawan dengan berlainan jantina. jangan berfikiran cetek. andai kata cintamu begitu kukuh dan kuat terhadapnya pasti kau tidak akan dibelenggu dengan keraguaan. seterusnya, dalam percintaan pasti ada masalah. ujian haruslah ditempuh dengan sabar dan tidak mengambil keputusan tergopoh-gopoh. ambil sedikit masa dan bawa berbincang. janganlah disebabkan amarah kau hilang semuanya. setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. cuma cepat dan lambat sahaja masalah itu selesai. adalah lebih manis kalau mahligai cinta yang dibina itu ada tujuannya. contohnya, seseorang lelaki ingin menyunting perempuan itu menjadi suri dihatinya. sesungguhnya, ada orang berkata bercinta selepas kahwin adalah lebih manis berbanding sebelum. selepas membina masjid, pasangan tersebut mendapat pahala. apabila mereka melakukan sesuatu bersama akan mendapat pahala selagi ia tidak menghukum syarak. wahai, pasangan kumbang dan bunga di luar sana. hati-hatilah dalam percintaan. percintaan memang indah tapi tidak selalunya indah. percintaan memang membahagiakan tapi tidak selalu membahagiakan. mohonlah kepadaNya. sesunggunya kepada Dia lah kita bergantung harap. :)



direka oleh,
orang yang tak pernah bercinta dan hanya ingin mengutarakan pendapat yang tersemat di hati. (jom cinta lepas kahwin). hahahahahahahhahahaha :D

No comments:

Post a Comment